the first bengang 2009.

Posted by deennasour on June 14th, 2009 under peribadi  •  7 Comments

sorry, aku rasa sejak aku bukak or pindah ke blog deennasour dot izz dot my, nih aku rasa macam tulis blog macam syok sendirik. serius, aku tak suka perasaan nih. bayangkan, macam kau tgh perform atas stage utk anugerah juara lagu, kau finalis kategori rock, tapi bila kau bukak mulut and petik gitar, sume muka penonton tak ada feel beb, mata layu je, kaki pun stay je tak de goyang2. mesti kau rasa cam nak tukar nyanyi lagu sonata musim salju. cam tu la aku rasa.

aku rindu gila sama blog lama aku. http://deennasour.terbaek.com . Aku rindu kat sofa merah kat header blog aku tu. aku rindu nak tulis review filem. ketiadaan blog tu menyebabkan aku tidak dijemput untuk tayangan preview filem2 yang bakal masuk cineplex seluruh Malaysia. impak besar bai!! sama macam kau jadi poser dadah, tapi kau punya barang dah kena angkut. kau rasa cam nak mati ke tak???

penat2 aku bina empayar deennasour dot terbaek tu, dekat 2 tahun, alik2 down macam tu jerk. atas sebab aku upload plugin. padahal aku tak ada pon upload apa2 plugin masuk hosting terbaek tuh. sayu dol sayu. macam kau kena hukuman gantung sampai mati sebab bunuh orang, padahal ko tak bunuh orang. kau nak tolong orang tu jerk pon, alik2 time tolong tu, polis nampak ko pegang pisau. tak ke cipet tuh?

*macam gile personifikasi aku pakai kali nih.

OK! ENTRY NI SEBENARNYA PASAL TRAGEDI SABTU LEPAS.

sebenarnya aku ada plan lain ujung minggu lepas. tapi oleh sebab housemate aku mintak tolong aku temankan dia jalan2 sbb dia malas nak kuar dgn kazennya berdua-dua la konon, so aku pun join. semalam pon aku join gak dia dua orang jalan2, atas sebab tolong jugak.

aku ni baek. tak sampai hati tengok kawan merayu2. tambah2 housemate sendiri. bak kat mak aku, banyakkan tolong orang,jangan suka mintak tolong. so aku tolong. entah apa slek nya, dari malam tu, si housemate aku ni, aku gelar A lah, dok bahan a.k.a kutuk aku jerk. Aku tak tahu apa motif dia bahan aku. kalau takat bahan, “deen muka ko tak hensem,” aku boleh terima. “deen ko bobo,” aku boleh senyum lagik. “deen sora ko cam katak,” aku slumber lagik… sampai la pagi buta kitorang jalan2. pusing BB tengok pondan.pusing klcc lepak. pastu lepak restoran kampung pandan. bangsat! shisya situ murah. baek korang test!

esoknya, tengah aku tdo baek punya pakai boxer jerk, si A tuh bangunkan aku. 1.30 petang. ajak temankan dia kuar dengan kazen dia. kengkonon kazen. siap kuar skrip, “deen temankan aku ari ni. plz, ko tak tau apa jadi malam tadi, aku tak bleh tdo..” and slumber aku jawab, ” teman ko? ok. ko tak leh tdo? aku tak masuk campo, tu rumahtangga ko,”

and kitorang pun keluar. dan dari dalam kereta, otw nak pg pavillion, si A nih dok bahan aku je. memula kata, deen, ko suka lagi AKU TAK PERCAYA CINTA - Liyana Jasmay kan??? aku sabar. padahal dia tau aku tak suka lagu tu, saje nak bahan aku depan kazen dia. dari semalam si A ni bahan aku dengan lagu tu.. motif? aku pun tak tahu.

then kitoran parking kereta kat lowyat. Flat Rate lepas kol 6pm-6am RM4.00. jalan kaki ke Time Squre sebab sorang kwn aku PET, dekat sana. si A nih nak jumpa si PET nih. dok komen2 kat myspace, tapi tak pernah nak face to face. so aku bawak.

otw ke times square masih lagi dok bahan aku. selama aku kenal si A nih, kurang dari 6 bulan, aku rasa perangai dia macam mat lembut. tak ada dok bahan2 orang. entah nak tunjuk hero kat kazen dia kot yang dia bukan sembarangan lelaki. makan aku jadi bahan. dem!! *aku pon tak tau macam mana aku boleh jadi penyabar.

dipendekkan cerita, manusia boleh tahan 3 kali je. aku ulang 3 kali.

1. dia dah bahan aku banyak kali dengan lagu AKU TAK PERCAYA CINTA. diulangi, BANYAK KALI.

2. dia bahan aku macam ni, TS NI RAMAI BUDAK CHERAS, BUDAK TEMPAT AKU LA. AKU DAH TAU SANGAT JALAN KAT SINI. TAK MACAM KAU DEEN, BUDAK SUNWAY, ASAL SARAWAK LAK TU. [padahal, nak pg lowyat tadi aku yang tunjuk jalan. dia yang bertahun dok sini pon tak tau jalan. wak lu!!!. ]

waktu dia sebut sarawak tu aku memang dah menyirap. dia ulang skrip yang sama otw nak ke pavillion.. nak je aku suruh member yang tgh lepak depan maybank BB gegar sikit tengkorak dia. tapi entah, aku penyabar pulak hari sabtu lepas.

3. last. lepas beli tiket wayang, BLOOD. rm12. kitorang duduk sambil tunggu wayang nak mula. bahan aku lagik, “KORANG DUA PAKAI KASUT EH, AKU JE PAKAI SELIPAR, ACTUALLY, SELIPAR NI ORANG2 KAMPUNG KAT SARAWAK JE PAKAI. TAK MODEN LANGSUNG,” aku agak lupa skrip dia, tapi sememangnya dia dah ngutuk tempat lahir aku.

walaupun aku bukan duduk kampung kat sarawak tu, aku duduk dalam bandaraya miri, sarawak, aku SENTAP gila babi masa tu. SUMPAH! AKU DAH RASA MACAM NAK TUMBUK JE MULUT DIA. AKU DAH TAK KIRA, HOUSEMATE HOUSEMATE.

tiket wayang aku pegang. 3 keping. aku koyang aku punya. aku campak 2 keping tiket lagi kat lantai. then aku kata, “korang 2 stay, aku nak blah!!” *tak sampai hati aku nak tumbok muka dia, depan kazen dia sendirik. so b4 aku hilang sabar sehilang hilangnya, aku blah. duit rm12 hengget aku burn camtu je.

otw aku kuar dari pavillion, 4 mesej dia hantar. say sorry. aku reply, “tangan aku dah rasa ringan sangat dah tadi, b4 ada orang makan tangan, baik aku blah,!” ……

aku roger member aku PET yang tgh shopping kat timessquare and ikut dia balik umah, sbb tadi aku datang tumpang si A. aku lepak semalam dekat umah PET kat cheras. ahad aku balik. naik lrt. sampai rumah si A tak ada. aku tdo sampai pagi.

bangun pukul 2, aku mandi, smbhyg isyak yang dah berapa jam berlalu, aku turun mamak makan and online. so skang aku kat mamak. haha. tak ada duit aku nak on9 kat mcD. pas ni aku nak gerak pg sunway nek moto, nak angkat barang. ada orang nak beli, miahahaha.

jazakallah khair. je t’aime.

*dia dok kutuk tempat lahir aku, aku nak je bahan dia hari tu, tapi aku ni masih ada hati perut. aku masih kesian kat orang yang aku nak bahan. kalau tak aku nak kuar ayat ni,

“oi mangkuk, ko nak bahan kampung aku, umah kau tu umah flat 2 bilik tdo je!!! walaupun kat kuala lumpur sekali pon, umah aku tu, banglo 8 buah bilik tdo!! 3,4 kali ganda dari umah kau!! bangsat!!”

tapi sayangnya, Tuhan bagi aku sifat sabar yang tebal. eceh….

Nizar VS Zambry (Konflik Di Perak)

Posted by deennasour on May 13th, 2009 under politikus Tags: , , ,  •  14 Comments

Salam. Post kedua aku dah panas. Ok, yang pastinya blog deennasour yang terbaru ni sudah diketahui orang dan ada pembacanya. Insyaallah. Maka, tanpa membuang masa dan tepat pada masanya, aku selalu menerima komen dari pembaca yang bercakap pasal politik.

Mungkin pembaca tu merasakan deennasour dan isu semasa “ngam” kot. haha. Dulu pun pernah ada yang komen, ada 2 benda best untuk di baca dari blog deennasour dot terbaek dulu, satu review filemnya, dua bila deennasour bercakap pasal isu semasa, politik atau sebagainya. (yeke??)

Apa2 pun semalam deen terima satu komen yang panjang berjela2 dari seorang pembaca blog ni. *mungkin. Atau sesaja singgah nak kongsi idea. Pasal politik. Pasal Perak yang tengah kucar-kacir. Aku tidak menyokong mana-mana pihak, baik BN atau PKR. baik Umno mahupun Pas. Mungkin bila pilihan raya nanti aku akan buat undi rosak. *kah3.

Apa-apa pun, aku tidak suka komen dan idea orang yang mengirim komen yang aku tampalkan di bawah ini. Aku bukan membantah Nizar jadi MB Perak, tetapi pendekatan mereka aku anggap “jahiliah”.

Dipersilakan baca dan komen lah dari minda yang terbuka. Persetankan apa orang kata, aku nak tahu apa pendapat korang pasal komen orang ni dan komen korang pasal Perak.

Bagaimana Tangani isu PERAK

Salah satu caranya telah di siarkan oleh enCYBERBORON dalam blog beliau… baginda tumpang copy… Adakan Pilihanraya Mandotori…

Sah UMNO takut menghadapi pilihanraya. UMNO tak mahu mengadakan pilihanraya. UMNO akan halang semua cubaan untuk mengadakan pilihanraya. Sultan dah tolak permohonan perkenan pembubaran DUN pada 5 Februari. SPR tolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Terkini sidang mee segera Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat 22 jam sebelumnya. UMNO betul-betul tak mahu diadakan pilihanraya.
Read the rest of this entry »

Selamat Kembali Dari Dikerjakan.

Posted by deennasour on May 11th, 2009 under peribadi  •  19 Comments

Assalamualaikum. Pasti ramai yang tengah dok hairan bin ajaib masakan ada 2 makhluk deennasour dalam dunia ni sedangkan sepatutnya ada sorang je iaitu deennasour dot terbaek je. haha deennasour dot izz dot my ni sebenarnya adalah orang yang sama dengan yang terbaek itu. cuma terbaek nya dah hilang. yang tinggal hanya kenangan. *eceh.

Jangan risau, kehangatan deennasour sebagai seorang blogger masih terasa. walaupun bunyik domain deennasour dot izz dot my itu kedengaran agak gay, yang turut diakui oleh Nikillas dalam temu ramah melalui ym sekitar pukul 3-4 petang 11 mei 2009 sebentar tadi.

Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada incik izzudin yang sudi memberi kami rumah tumpangan. Dan kepada yang risau dan bertanya melalui sms dan telefon seperti incik Azman Ishak dan Ajami, keprihatinan anda, amat saya hargai.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan berputus asa, malah terus bersemangat menghiasai hari-hari anda yang telah pun suram dengan ketiadaan 2 blog terhebat dibawah domain terbaek dot com iaitu deennasour dot terbaek, dan anysz dot terbaek.

Kini, 2 blog terbaek itu telah mengalami transformasi ala-ala AF7 dengan bertukar ke deennasour dot izz dan blog anysz tidak dapat lagi diketahui kesahihan nama subdomainnya yang baru.

Tagline BESARNYA JIWAKU juga masih dalam penyiasatan perlukan diteruskan, atau perlu ditukarkan dengan yang baru memandangkan jiwa deennasour sekarnag telah mengalami transformasi disebabkan keadaan huru hara dipejabatnya.

Apa-apa pun, korang perlu menukarkan link2 deennasour dot terbaek ke deennasour dot izz. Mesti korang tertanya2 macammana dengan segala entry2 terdahulu deennasour? hah, hidup perlu diteruskan. Nanti gua buat perhitungan dengan empunya terbaek dot com itu.

Sekian, terima kasih.

Je’t aime.

p/s : sapa2 yang ada tagline best tu, kasik le.